Saturday, May 12, 2012

Reminder untuk diri..




Bukan mudah untuk mudah. Tidak payah untuk payah. Namun, buatlah pilihan dengan penuh berhikmah. Tepuk dada tanya iman. Dipandu akal yang waras tanpa mengabaikan naluri dan keinginan seorang insani.(semut2comel)

Hikayat Permusafiran: Wanita Tua Yang Hanya Berbicara Menggunakan al-Qur...

Hikayat Permusafiran: Wanita Tua Yang Hanya Berbicara Menggunakan al-Qur...: بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.   Ilustrasi ini hanyalah sekadar hiasan. ...

Friday, April 20, 2012


Bersahabat Kerana Allah..

JOM TINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI
Islam memberi garis panduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu.

Tergolong dalam sahabat yang macam manakah kita?? Cuba-cubalah memuhasabahkan diri. Moga kita menjadi insan terpilih.



Islam memberi garis panduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Tujuan tersebut ialah:

1. bersahabat kerana zat (diri) org tersebut.

2. bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di dunia. (seseorang yang bersahabat dalam kategori ini, akan bersahabat untuk mendapatkan nikmat keduniaan seperti kekayaan dan pangkat.

3. bersahabat kerana kelebihan di akhirat. (Mereka bersahabat kerana untuk mendapatkan akhirat seperti bersahabat dengan orang yang berilmu supaya mudah beribadah kepada Allah).

4. Bersahabat kerana Allah S.W.T (Allah S.W.T memerintah diantara satu sama lain hendaklah ada kasih mengasihi seperti ia mengasihi dirinya sendiri). Golongan ini adalah golongan yang terbaik dan hampir dengan Allah S.W.T

Dekati

• Org yg berakal
• Orang baik perangainya
• Org yg beragama dan berpegang dgn ahli sunnah wal-jamah
• Org yg zuhud

Jauhi

• Org yg berdusta
• Org yg kurang berakal
• Org yg kedekut
• Org yg penakut
• Org yg fasik

HAK-HAK SAHABAT

1. menolong dgn harta apabila sahabat kita berada dlm kesempitan hidup.
2. menolong sahabat dgn usaha dan tenaga. Sahabat yg baik akan membantu sahabat yg berada dlm kesibukan tugas.
3. menolong sahabat dgn lidah, iaitu hendaklah (sunat) memuji &menghebahkan kebaikan yg dilakukan oleh sahabat (tertakluk kpd keadaan seseorg itu).
4. Memanggil sahabat dgn panggilan yg baik (tertekluk kpd keadaan seseorg itu).
5. Tidak menceritakan keaiban& kesalahan sahabat samada di hadapan atau di belakangnya.
6. memaafkan kesalahan sahabat.
7. mendoakan kesejahteraan sahabat, seperti memberi salam.
8. menunaikan semua hak sahabat dgn ikhlas.
9. tidak menyusah atau memberati sahabat.

Tergolong dalam sahabat yang macam manakah kita?? Cuba-cubalah memuhasabahkan diri. Moga kita menjadi insan terpilih.

source:http://cahayakuabadi.blogspot.com

15 Pintu Syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita..

JOM TINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

1. pintu marah
2. cinta dunia
3. kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
4. panjang anganangan
5. rakus
6. bakhil
7. suka pada pujian
8. riak
9. ujub (merasa kagum)
10.takut dan gelisah
11.buruk sangka
12.memandang rendah pada orang lain
13.merasa suka pada dosa
14.merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
15.putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
2. Banyakkan bezikir
3. Banyakan Beristigfar
4. Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zolimin"
5. Jangan tidur berseorangan
6. Baca doa pagi dan petang
7. Bersugi
8. Melaksanakan solat jemaah
9. Berwudhuk sebelum tidur
10. menutup aurat
11. Membaca doa masuk tandas.
12. Banyak berselawat pada hati
13. Bertaubat, beristighfar
14. Banyakan baca AlQuran
15. Membaca surh Yassin setiap pagi

7 Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

1. Rumah yang bersih
2. Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
3. Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
4. Penghuninya jujur dan memenuhi janji
5. Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
6. Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
7. Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.
source:http://cahayakuabadi.blogspot.com

Thursday, April 19, 2012


Hukum Tengok Wayang

1 KOMEN TELAH DIBERIKAN, ANDA BILA LAGI

Assalamualaikum semua... mutakhir ini, banyak cerita-cerita yang best di tayangkan di panggung wayang... adapun begitu,, tahukah korang semua hukum tengok wayang????

Nak tau??? jom baca entri yang di postkan nie..

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به. وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya. Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”

Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
Sumber : Koleksi Soal Jawab Agama
Edited by : 
AltafDarwish
Gambar Pemisah Malam Dan Siang




Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit dan komputer setahun yang lalu para saintis berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi. Perhatikan gambar di bawah yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.

Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah Taala berfirman tentang garis pemisah ini:
(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187]
“dan makan- minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” [Al-Baqarah : 187]
Namun ada hadis yang mengatakan benang putih dan benang hitam dalam ayat di atas ialah:
Dari Adi bin Hatim Radhiyallahu’anhu berkata :
Ketika turun ayat.“Sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam yaitu fajar”. [Al-Baqarah : 187]. Aku mengambil iqal hitam digabungkan dengan iqal putih, aku letakkan di bawah bantalku, kalau malam aku terus melihatnya hingga jelas bagiku, pagi harinya aku pergi menemui Rasulullah صلی الله عليه وسلم dan kuceritakan padanya perbuatanku tersebut. Baginda pun bersabda. “Maksud ayat tersebut adalah hitamnya malam dan putihnya siang”.)
Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :
Ketika turun ayat. “Makan dan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam”. Ada seorang lelaki jika ingin puasa, ia mengikatkan benang hitam dan putih di kakinya, dia terus makan dan minum hingga jelas dalam melihat kedua benang tersebut. Kemudian Allah menurunkan ayat: “(Kerana) terbitnya fajar”, mereka akhirnya tahu yang dimaksud adalah hitam (gelapnya) malam dan terang (putihnya) siang.)

Friday, April 13, 2012

Hikayat Permusafiran: Jurang Antara Ilmu Dan Amal

Hikayat Permusafiran: Jurang Antara Ilmu Dan Amal: بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. "Andai saja jurang itu tiada, hancurlah nif...